Posted by Ariffin on 2/20/2005, 12:13 pm, in reply to "Re: Pak Ariffin... salam" --Previous Message--
salam che'gu abang lan,
segala pujian ke hadrat Yang Maha Esa, dan syok dengar cerita pencapaian abang lan. bangga rasanya bila rasa ada pertalian dengan abang lan yang tidak tahu penat lelah untok membangkitkan Haq dalam persilatan melayu.
tentu sekali saya ingin join program yang disebutkan. sila beritahu secepat mungkin.
insya'Allah saya akan cuba dapatkan request abang lan.
Wassallam
: :
: --Previous Message--
: Assal'kum
: Maaf kerana lama tidak hantar berita.
: Terlalu banyak hendak dicerita perihal di
: sini namun kempen Bersatu Dalam Beladiri,
: responnya cukup menakjubkan.
: Pendekkan cerita: 1. Datuk Najib telah
: menyaran supaya meramaikan mahaguru di
: Malaysia. Saranan saya sudah menjadi walau
: dulu ramai menafi.
: 2. Kerana lebih bersikap wartawan hanya jadi
: mahaguru/guru dalam gelanggang, cukup ramai
: berkunjung ke pejabat hingga ahad dan hari
: cuti pun kena kerja di pejabat - kejar
: deadline.
: Mereka mahu kebenaran dan saya bersikap
: terbuka.
: 3. gelanggang Lok 9, seminar Senaman Tua dan
: beladiri wanita, alhamdulillah mendapat
: sambutan luar dugaan. Kerana yang benar
: tetap benar, berani kerana benar hanya yang
: menipu (bukan mengilat) takut kebenaran
: semata-mata kepentingan diri dan perguruan.
: Saya pula mahaguru Ariffin (sekarang saya
: boleh panggil mahaguru Ariffin, bukan
: "maha guru" kerana sebutan itu
: hanya pada Yang Satu manakala mahaguru
: adalah satu panggilan khas kepada seorang
: yang mengilham silat/perguruan) sudah
: dilantik dengan pelbagai jawatan yang mana
: ahlinya ada 5 juta! Terkejut? Janganlah...
: ini membuat saya bersyukur.
: Saya sudah dapat amanah dari istana jadi
: sedang susun bertemuan dengan pengamal Lok 9
: dari Holland dan UK. Nak join boleh, nanti
: saya beritahu bila.
: 4. Tan Sri Hamzah cukup mengenali
: allahyarham ayananda mahaguru Ariffin.
: Beliau tu pak saudara saya dan beliau juga
: memberitahu datuk saya Jaafar Endut mengajar
: keturunan raja di Perak (tinggal di Kampung
: Gajah) dan di Johor.
: Apapun saya tidak boleh cerita kad sini
: nanti le...
: 5. Bila pulang nanti jangan lupa bawa banyak
: gambar-gambar supaya boleh dijadikan cerita
: untuk pembaca SB.
: Bagi saya, SB adalah tempat tesis saya.
: Tulis yang benar untuk generasi akan datang.
: Aduuii banyak nak cerita tetapi Mahadi baru
: sampai nak baiki komputer ini.
: Jumpa lagi.
: Salam
: Azlan Ghanie
:
:
:
Message Thread:
![]()
« Back to thread