
Posted by bom_atom
![]()
on May 6, 2008, 9:58 am
Berjimat, belanja ikut keperluan cara terbaik hadapi kenaikan harga
PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta rakyat mengubah gaya hidup dengan mengutamakan amalan berjimat-cermat, mengelak pembaziran dan berbelanja mengikut keperluan ketika dunia dilanda krisis bekalan makanan.
Perdana Menteri berkata, mereka juga perlu membantu kerajaan melakukan pemantauan mengesan serta melaporkan kegiatan penyeludupan dan menyorok barang makanan sehingga berlaku kenaikan harga yang mendadak.
Katanya, pengguna perlu memainkan peranan bagi memastikan tindakan yang sedang diambil kerajaan untuk berdepan fenomena kemerosotan bekalan makanan global yang tidak boleh dielakkan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
"Kita semua sebagai pengguna perlu mengubah gaya hidup dengan memberi perhatian lebih kepada cara berbelanja. Kita mesti memahami amalan berjimat-cermat. Elakkan pembaziran dalam mengadakan pelbagai majlis keramaian seperti kenduri.
"Saya juga minta pengguna sentiasa mengawasi barang di kedai sama ada berlaku penyeludupan atau kenaikan harga kerana penting bagi mereka membantu penguat kuasa mengawasi harga barang dan melaporkan jika ada penipuan.
"Ini secara langsung dapat meluaskan lagi penguatkuasaan yang dilakukan kerajaan dan menerusi tindakan ini akan terkawal barang makanan yang dijual di kedai," katanya berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri, di Bangunan Putra Perdana, di sini semalam.
sebenarnya orang2 kaya le yg banyak membazir...........



Message Thread:
![]()
« Back to thread