
Posted by bom_atom
![]()
on May 5, 2008, 4:02 pm, in reply to "Re: pengakuan chef hotel 5 bintang"
kat M'sia ni daging.. ayam... semuanya halal,
tapi cara proses masak x halal, xsuci
klu masak dah satu dapur, share sendok.. kuali
parang, pisau sama2 pakai..
--Previous Message--
: Alamakk..!! tak tau pulak macam tu. Ingat pat
: M'sia semua halal so bedal ajer.. heheh
:
: Pat Spore pulak strict sket. No Pork No
: Alcohol baru boleh apply sijil halal. Tapi
: terpulanglah pada meka2 yg tak kesah bab
: sijil nih..
: Wallahualam.. Bnyk betol cabaran umat akhir
: zaman nih yerr.
:
:
: --Previous Message--
: Pengakuan chef 5 bintang di Radio 24 menarik
: 28-04-2008 03:17:22 PM
:
: PADA hari Ahad yang lepas, sekiranya anda
: mendengar siaran Radio 24 bersama Persatuan
: Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2
: petang, terdapat satu wawancara yang sangat
: menarik di antara Pengulas Radio 24, Tokki
: dan dua orang Chef.
:
: Isu ini begitu menarik sehinggakan saya
: terasa rugi jika tidak mendengar celoteh
: mereka walaupun hanya hendak bangun ke
: tandas. Isu kepenggunaan kali ini ialah
: tentang Halal atau Tidak Halal Makanan yang
: Dihidangkan di Hotel 5 bintang.
:
: Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam
: berpusu-pusu untuk makan di Hotel 5 bintang
: ialah ketika bulan Ramadhan. Bukan sahaja
: individu, malah syarikat-syarikat juga
: menjamu pekerja-pekerja dan pelanggan
: masing-masing di Jamuan Berbuka Puasa di
: Hotel 5 bintang. Maklumlah, Setelah penat
: dan lapar berpuasa pada siangnya, tentulah
: waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi
: dengan juadah-juadah yang lazat dan sedap.
:
: Tetapi jangan terkejut kerana hidangan anda
: di Restoran 5 Bintang itu belum tentu HALAL.
: Apa hukumnya puasa anda sekiranya berbuka
: dengan makanan yang Haram?
:
: Yang menariknya di dalam program ini, dua
: orang Chef telah bersama-sama menceriakan
: rancangan ini. Apa kata mereka?
:
: Salah seorang Chef memberitahu, dari
: pengalamannya dahulu, di dalam retoran hotel
: 5 bintang yang menghidangkan buffet,
: terdapat 5 bahagian dapur masakan (Masakan
: Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina.... tak
: ingat lagi dua).
:
: Setiap satu dapur diketuai seorang Chef yang
: dipanggil Eksekutif Chef. Di dalam buffet,
: setiap dapur akan memasak makanan tertentu
: untuk buffet tersebut. Resepi-resepi untuk
: makanan yang dimasak daripada setiap dapur
: adalah hak mutlak Eksekutif Chef. Ini
: bermakna tiada orang lain berhak memberi
: komen tentang resipi yang telah ditetapkan
: oleh Eksekutif Chef.
:
: Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang
: yang pakar dan ahli di dalam masakannya
: untuk menjaga kualiti makanan yang
: dihasilkan (5 bintang lah katakan).
: Sekiranya Dapur Masakan Melayu tentulah
: eksekutif Chefnya adalah seorang Melayu.
: Sekiranya western maka pakarnya tentulah
: orang dari luar negara, begitu juga masakan
: cina dan lain lain.
: Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang
: ini, sekejap yang di sana sehinggakan,
: beliau terpaksa mengangkat tanah dan air
: untuk mencuci mesin tersebut setiap kali
: habis bertugas. Yang memakan masakan itu
: pula ialah kita.
:
: Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari
: luar negara mempunyai cara memasak mereka
: yang tersendiri. Jika mereka sudah biasa
: meletakkan arak di dalam makanan di luar
: negara, mereka pasti akan meletakkan Arak
: ketika memasak di dapur sini.
:
: Salah seorang chef berkata, ketika beliau
: baru memulakan kerjayanya, beliau melihat
: bagaimana arak dituang di dalam sup bawang
: (onion soup) yang dimasak di Hotel 5 bintang
: ini. Chef itu juga berkata, di atas ruang
: rak tempat memasak sup-sup, berbaris
: berjenis-jenis botol arak bersama-sama
: dengan rencah-rencah lain untuk dibuat sup.
: Jika tidak silap saya, bukan sup sahaja
: makanan yang mengandungi arak.
:
: Selain daripada Arak, ada yang lebih menarik
: lagi tentang pendedahan ini. Menurut chef
: tersebut, terdapat dua mesin pengisar daging
: di dapur tempat beliau bekerja. Satu
: bertulis "Pork" pada papan tanda
: berdekatan dan satu lagi bertulis
: "Non-Pork". Tapi dia amat kecut
: perut, bila semua orang seperti tak nampak
: (atau buat-buat tak nampak) sahaja papan
: tanda itu.
:
: Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang
: ini, sekejap yang di sana ... sehinggakan,
: beliau terpaksa mengangkat tanah dan air
: untuk mencuci mesin tersebut setiap kali
: habis bertugas. Yang memakan masakan itu
: pula ialah kita.
:
: Pada kebiasaannya, sesetengah hotel
: mengasingkan pinggan yang digunakan
: untuk menghidangkan khinzir di satu tempat
: yang berasingan untuk dicuci. Ini adalah
: kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di
: kalangan orang Islam. Tetapi menurut chef
: itu sekarang, pencuci pinggan adalah di
: kalangan orang Myanmar dan Bangladesh .
: Mereka bukannya tahu pinggan mana yang ada
: khinzir ataupun tidak. Untuk memudahkan
: kerja, semuanya dicampurkan sekali. Habis
: semuanya.
:
: Chef itu juga ada bercerita tentang kek-kek
: yang dihidangkan yang mempunyai arak,
: contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan
: kek yang tidak halal dihidangkan.
:
: Adakalanya, daging yang di grill, ayam-ayam
: atau makanan yang dibakar adalah halal.
: Begitu juga dengan makanan laut. Namun, chef
: menasihatkan agar lebih berhati-hati dengan
: pelbagai sos atau pencicah yang disediakan
: bersama kerana ia dikhuatiri tidak halal.
:
: Ada juga pada waktu waktu tertentu chef ini
: akan keluar dan melihat-lihat para
: pelanggan. Sekiranya beliau melihat orang
: Islam mendekati makanan-makanan yang tidak
: halal, maka dia akan mendekati mereka dan
: berbisik, "Encik, makanan ni tidak
: halal...". Tapi tentulah banyak
: daripada masa mereka berada di dalam dapur.
: Jadi nasiblah kepada para pelanggan Islam
: yang lain sekiranya tidak sengaja menikmati
: makanan yang haram.
:
: JAKIM telah memberi sijil Halal kepada 3
: buah hotel sahaja tetapi sampai tamat
: program wawancara Radio 24 itu, saya tidak
: dapat menangkap nama Hotel 5 Bintang yang
: mana satu. D'Saji Felda telah diiktiraf
: Halal oleh JAKIM menurut Tokki (PPIM) cuma
: ia bukan nama Hotel 5 Bintang yang ingin
: saya dengar.
:
: Saya berasa sangat terkesan di dalam hati
: apabila mendengar program ini dan pendedahan
: pengalaman-pengalam an daripada 2 orang chef
: jemputan. Salah seorangnya kini telah
: menjadi Ketua Chef untuk Tabung Haji dan
: salah seorang lagi bertugas sebagai pengurus
: di sebuah syarikat makanan. Ia menjadi
: pengajaran kepada kita bahawa makanan yang
: nampak mahal dan sedap itu tidak semestinya
: memberi manfaat kepada kita.
:
: Sekiranya anda tahu Hotel 5 Bintang yang
: diiktiraf Halal oleh JAKIM silalas berkongsi
: dengan semua pembaca
:
:
:
: copy paste dari email
:
:
:
:
:



Message Thread:
![]()
« Back to thread