
Posted by bom_atom
![]()
on April 24, 2008, 9:14 am, in reply to "Bekas penyanyi kumpulan A to Z meninggal dunia"
arwah ni 2 thn je dlm kump AtoZ. pastu masuk tabligh. kwn ckp dia warak dan sedg dlm perancangan nak bena sekolah pondok. dah dapat tapak sekolah tu. tapi Allah sayangkn dia. Alfatihah
--Previous Message--
: Bekas penyanyi kumpulan A to Z meninggal dunia
: 23-04-2008 07:12:33 PM
: ALOR STAR: Bekas penyanyi kumpulan rap
: "A To Z" Affendy Zainon, 39,
: meninggal dunia pagi ini setelah diserang
: angin ahmar sejak tiga hari lepas.
:
: Penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Itik
: Gembogembo' sekitar tahun 90an itu meninggal
: dunia kira-kira 9.30 pagi di Hospital
: Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.
:
: Adik penyanyi itu, Zalia Watie Zainon,
: berkata abangnya dimasukkan ke HSB sejak
: Ahad lepas apabila tidak mempunyai selera
: makan dan lemah sejak minggu lepas.
:
: "Abang saya pernah diserang penyakit
: itu pada Disember tahun lepas tetapi tidak
: seteruk kali ini.
:
: Dia menghembuskan nafas terakhir di sisi ibu
: kami Norma Mat Akhir," katanya ketika
: ditemui pemberita di rumahnya di Taman
: Harapan, Kuala Kedah dekat sini.
:
: Affendy ataupun lebih dikenali sebagai
: Fendi, telah bersara dari dunia hiburan 10
: tahun lepas dan tidak pernah berkahwin.
:
: Jenazahnya dikebumikan selepas solat Asar di
: Tanah Perkuburan Islam Lorong Mayat, Kampung
: Hulu, Kuala Kedah. BERNAMA
:
:
:
:
:
:
:
:
:



Message Thread:
![]()
« Back to thread