
Posted by zmanja
![]()
on April 24, 2008, 9:00 am
Bekas penyanyi kumpulan A to Z meninggal dunia
23-04-2008 07:12:33 PM
ALOR STAR: Bekas penyanyi kumpulan rap "A To Z" Affendy Zainon, 39, meninggal dunia pagi ini setelah diserang angin ahmar sejak tiga hari lepas.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Itik Gembogembo' sekitar tahun 90an itu meninggal dunia kira-kira 9.30 pagi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.
Adik penyanyi itu, Zalia Watie Zainon, berkata abangnya dimasukkan ke HSB sejak Ahad lepas apabila tidak mempunyai selera makan dan lemah sejak minggu lepas.
"Abang saya pernah diserang penyakit itu pada Disember tahun lepas tetapi tidak seteruk kali ini.
Dia menghembuskan nafas terakhir di sisi ibu kami Norma Mat Akhir," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Harapan, Kuala Kedah dekat sini.
Affendy ataupun lebih dikenali sebagai Fendi, telah bersara dari dunia hiburan 10 tahun lepas dan tidak pernah berkahwin.
Jenazahnya dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Lorong Mayat, Kampung Hulu, Kuala Kedah. BERNAMA



Message Thread:
![]()
« Back to thread