
Posted by bom_atom
![]()
on April 9, 2008, 4:42 pm
Harga mi naik mulai esok
KUALA LUMPUR: Bagi pengemar mi, mereka perlu bersedia membayar lebih untuk makanan kegemaran mereka berikutan harga bahan untuk membuat mi naik antara 20 dan 70 sen sekilogram, mulai esok.
Presiden Persatuan Peniaga-Peniaga Roti, Biskut, Manisan dan Mi Malaysia, Ng Hock Leng, berkata persatuan itu sudah menetapkan kadar kenaikan itu untuk mi yang diperbuat daripada tepung gandum berprotein tinggi atau sederhana seperti Mi Kuning, Yee Mi kecil, Yee Mi besar, Mi Wantan, Kulit Wantan dan Kulit “dumpling”.
“Ini berikutan keputusan Pengilang-Pengilang Tepung Malaysia mengumumkan kenaikan harga bagi tepung gandum berprotein tinggi dan sederhana pada 20 Mac lalu disebabkan kenaikan harga antarabangsa bagi biji gandum yang melambung tinggi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Persatuan Pengilang-Pengilang Tepung Malaysia bulan lalu menaikkan harga tepung gandum berprotein tinggi dan sederhana sebanyak RM10 daripada RM62.15 bagi setiap 25 kg, berkuat kuasa 20 Mac.
Selain tepung gandum, Ng berkata, harga beras hancur juga naik RM22 daripada RM50 bagi setiap 50 kg manakala harga bahan-bahan lain seperti tepung jagung, tepung sago, tepung ubi and tepung kanji gandum juga naik mengikut perkembangan semasa.
“Ini ditambah pula dengan kenaikan harga bahan lain seperti plastik, petrol dan minyak masak yang turut menyebabkan bahan mi yang diperbuat daripada beras seperti Kue Tiow, Chu Cheong Fun, Laksa Pendek and Laksa Panjang dinaikkan,” katanya.
** zaman kenaikan



Message Thread:
![]()
« Back to thread