
Posted by lyn
![]()
on April 9, 2008, 9:19 am, in reply to "Re: projek ternakan babi besar besaran... hehehe"
that's very true...
seblm nak bagi komen selidik dulu berita tu...jgn dok tgk media perdana je..tgk sama sumber2 lain.
(petikan dari Malaysia Today)
Cerita Sebenar Di Sebalik Projek Ternakan Babi Di Selangor
Terkejut beruk betul saya apabila mengikuti rancangan ulasan akhbar daripada TV1 RTM awal pagi tadi mengenai Projek Ternakan Babi di Selangor yang kononnya akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Pengulas berita dengan penuh aksi dan gaya telah memetik kenyataan EXCO PAS, Dr. Halimah Ali dengan menuduh yang bukan-bukan kepada PAS kerana menyokong projek berkenaan. PAS dianggap telah lupa perjuangan dan sanggup menjual agama kerana kepentingan politik. Malah pengulas “kuda kayu” ini tidak segan silu menasihatkan PAS bahawa daging babi adalah haram dimakan bersandarkan ayat-ayat Al-Qur’an dan juga petikan kitab Injil. Selanjutnya beliau menfitnah PAS dengan menyatakan bahawa dengan projek ini kelak PAS akan membenarkan pula jualan daging babi di tepi-tepi jalan.
Apa punya kepala hotak mentaliti orang-orang RTM ini pun saya tak faham. Kita ingatkan apabila dah kalah pilihanraya dan dapat Menteri baru mereka akan berubah dan akan menjalankan tugas dengan lebih profesional. Tetapi harapan hanya tinggal harapan. Kalau dah UMNO tu tetap UMNO, dulu, kini dan selamanya. Perangai haprak mereka nampaknya tak kunjung reda sehingga rakyat usung mereka ramai-ramai dan buang ke dalam laut.
Berbalik kepada cerita ternakan babi tadi. Apa yang RTM sibuk sangat tentang ternakan babi? Bukankah selama ini pun terdapat ribuan babi di mana-mana di Malaysia. Lupakah mereka kepada isu babi di Negeri Sembilan dan Melaka dahulu yang bukan setakat melibatkan kaum Cina tetapi juga pimpinan UMNO di dalam mengaut keuntungan. Dan jangat kita lupa bagaimana pimpinan BN menyalahguna duit derma mangsa-mangsa penyakit bawaan babi (JE) untuk kepentingan mereka.
READ MORE HERE
--Previous Message--
: Projek tu dah diluluskan semasa kerajaan di
: bawah Khir Toyo lagi.
: Excuse me As_Hani. Kalau Khir Toyo masih
: memerintah, berita yang keluar akan jadi
: lain
: "Kerajaan Selangor di bawah pimpinan
: Khir Toyo telah mengorak langkah yang
: sungguh moden dan maju di mana telah berjaya
: MEWUJUDKAN PUSAT PENTERNAKAN BABI YANG
: PALING MODEN DI DUNIA INI DI MANA IANYA
: DIJALANKAN SECARA SUNGGUH BERSISTEMATIK DI
: MANA BLA BLA BLA BLA BLA BLA BLA BLA.
: Now you see it?? News can be manipulated in
: so many ways.
: Cuba compared dengan ternakan babi di melaka
: yg tidak bersismatik itu di mana sisa
: buangan di buang ke dalam sungai etc.
: So?? Ada nak bagi komen tak?
: Lain kali, cuba lah korek korek sikit
: sebelum komen yaa.
:
: --Previous Message--
: nak gelak pun ada... apa sudah jadi ngan
: selangor ni... mn pegi pemimpin2 islam tu...
: xkan diam jer ek... hehehehe... seteruk2
: khir toyo x der la plak dia luluskan projek
: cam gitu...
:
:
:



Message Thread:
![]()
« Back to thread