
Posted by bom_atom
![]()
on March 18, 2008, 3:14 pm, in reply to "tertelan gigi palsu "
hihihi pompuan begigi pelesu.
trngat bom penah g klinik 24jam kul 5.30am sbb skit.
masuk je klinik ada jaga klinik tu sorg india sdg tidur dlm keadaan duduk. gigi pelesu dia terkuar & tjuntai kt bibir. jap tu dia sedr dan sedut balik gigi dia.
perut bom yg sakit makin sakit sbb tahan ketawa....
--Previous Message--
: Tertelan gigi palsu kekasih syok bercium
:
:
: GEMAS: Seorang remaja lelaki berusia 19
: tahun terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah
: hospital swasta di Melaka akibat tertelan
: gigi palsu teman wanitanya ketika sedang
: asyik bercumbuan, Rabu lalu.
:
: Dalam kejadian jam 10.45 malam di sebuah
: ladang kelapa sawit di Gugusan Felda Palong,
: dekat sini, mangsa bersama beberapa rakan
: serta teman wanita masing-masing dikatakan
: menghidu gam sebelum khayal di dalam pondok
: di ladang berkenaan.
:
: Menurut sumber, dalam keadaan khayal mangsa
: yang dikatakan asyik bercumbuan dengan teman
: wanitanya secara tidak sengaja tertelan gigi
: palsu kekasihnya yang tercabut.
:
:
:
: "Menyedari gigi palsunya tercabut,
: wanita berusia 17 tahun itu panik dan
: mencari-cari di sekeliling tetapi tidak
: berjumpa sebelum mangsa memberitahu dia
: tertelan gigi palsu berkenaan,"
: katanya.
:
: Sumber itu berkata, mangsa yang pulang ke
: rumah bagaimanapun dikatakan mengalami sakit
: perut pada pagi Khamis lalu pergi ke sebuah
: klinik swasta di pekan Bahau untuk
: mendapatkan rawatan tetapi doktor memintanya
: mendapatkan rawatan di hospital.
:
: "Mangsa yang bimbang rahsianya
: diketahui dan bagi mengelakkan menanggung
: aib terpaksa pergi mendapatkan rawatan di
: sebuah hospital swasta di Melaka untuk
: mendapatkan rawatan.
:
: "Doktor yang menjalankan pemeriksaan
: mengesahkan ada gigi palsu dalam perut
: mangsa selepas pemeriksaan x-ray sebelum
: memberi sejenis cecair bagi mengeluarkan
: gigi berkenaan melalui duburnya,"
: katanya.
:
: Sumber itu berkata, selepas lima jam memakan
: cecair yang diberikan doktor, gigi palsu itu
: berjaya dikeluarkan sebelum mangsa
: dibenarkan pulang ke rumah Jumaat lalu.
:
:
:
: kah kah kah kahhhhh nk cari kekasih yg x
: pakai gigi palsu
:
:



Message Thread:
![]()
« Back to thread