
Posted by bom_atom
![]()
on March 17, 2008, 11:18 am
Gayah Gebu: Sedar dirilah sikit!
Metro - Ahad
PILIHAN raya sudah berlalu, tapi minggu ini mulut Gayah nak juga mengomel pasal benda yang ada kaitan dengan pilihan raya. Gayah tak peduli!
Mungkin ada yang perasan dan mungkin ada yang tak perasan. Dah bersepah gosip memperkatakan pasal artis yang tiba-tiba muncul berkempen masa pilihan raya rupa-rupanya tak pergi mengundi, malah ada yang tak mendaftar sebagai pengundi.
Sepanjang minggu selepas Pilihan Raya Umum ke-12 itulah bahan kutukan Gayah dan kawan mesyuarat tingkap.
Memang panas perjumpaan kami sampai ‘mesyuarat’ berlanjutan hingga jam 1 pagi di rumah Sherry Gomak.
Kami semua sepakat, artis yang berkenaan memang busuk!
Kata orang, memanglah mengundi itu hak individu, tapi kalau masyarakat dah nampak muka korang kat surat khabar dan televisyen berkempen sana-sini, tapi lepas itu tak pergi mengundi, apa barang?
Kalau benda itu tak terbongkar, tak apalah, tapi bila dah jadi bahan perbualan, malulah...
Kalau Gayah, Gayah rela tak keluar rumah.
Jika tidak pun, Gayah bersara saja daripada jadi artis. Betul-betul hipokrit... kayu lastik!
Tak perlu Gayah beri bayangan siapa artis berkenaan.
Gosip pasal mereka dah tersebar di akhbar dan Internet.
Kalau rajin mencari, tahulah siapa empunya diri.
Bagaimanapun, Gayah yakin artis yang tak tersenarai dalam gosip berkenaan sama saja.
Maksud Gayah, gosip yang tersebar itu hanya menyebut beberapa artis, sedangkan ada beberapa lagi artis ikut berkempen dengan gaya macam bagus, tapi tak mengundi, malah tak pernah daftar sebagai pengundi.
Itu belum lagi artis yang sibuk bagi kenyataan di akhbar kononnya patriotik sangat, bersungguh-sungguh cakap pasal tanggungjawab untuk mengundi, tapi rupa-rupanya ‘ado’! ‘Propa’ saja lebih.
Haa... jangan tak percaya, ada juga artis begitu. Gayah tahulah sisi gelap dunia hiburan ini.
Hmmm... nak cakap banyak pun tak guna juga. Kalau dah namanya artis, orang akan tetap sanjung walaupun buruk perangai. Katalah macam-macam, peminat takkan lari punya. Itulah realitinya.
Begitupun, semoga artis yang terasa dengan teguran Gayah minggu ini sedar dirilah sikit.
Anda semua dijadikan ikutan masyarakat. Kalau buruk perangai, makin ramailah yang jadi begitu.
Cukuplah... Gayah ada banyak kerja lain.
![]()
sape lagi si siti tu le. berkempen kemain lagi, dia sndiri tak ngundi. baru daftar nama ari tu.



Message Thread:
![]()
« Back to thread