
Posted by bom_atom
![]()
on March 14, 2008, 2:24 pm
Hati Fasha sering terguris
Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN (fadzilah.bahar@utusan.com.my)
FASHA mengharapkan selepas ini dia akan bebas sepenuhnya daripada kontroversi.
--------------------------------------------------------------------------------
SEBELUM ini belum pernah kedengaran sengketa antara dua aktres muda, Fasha Sandha dan Nora Danish.
Lalu, apabila ada laporan yang menyebut, Nora menepis tangan Fasha pada satu majlis, ramai yang tertanya-tanya apa pula yang terjadi pada mereka berdua.
Biarpun agak tegar untuk mempercayai cerita itu namun insiden yang berlaku baru-baru ini seakan-akan mengukuhkan dakwaan tersebut.
Pastinya khalayak juga sudah mengetahui insiden Nora menepis tangan Fasha di majlis tahlil di rumah keluarga Erma Fatima di Taman Melawati, Selangor, minggu lalu.
Pelakon comel, Nora dalam kenyataannya kepada Hits sebelum ini menafikan dia menepis tangan rakan aktresnya itu.
Dan demi mencari keadilan, kami mengatur fotografi dan temu bual dengan Fasha di ibu pejabat Utusan Malaysia, kelmarin.
Mengenali Fasha, dia memilih untuk berdepan dengan media bagi menjelaskan situasi sebenar.
Aktres drama bersiri Natasya ini tidak pernah mahu mengelakkan diri.
Bagaikan mengerti apa yang ingin tanya padanya, Fasha menjawab setiap soalan tanpa berselindung.
Malah ketika sesi fotografi tersebut kebetulan akhbar Hits yang memuatkan wajah Nora Danish berada di tangannya.
Bersalam
“Memang ada insiden yang berlaku di sana. Saya ke sana untuk mengunjungi majlis tahlil jadi sebagai seorang Islam apabila sampai di sana saya bersalam dengan semua orang termasuk Nora.
“Namun begitu, apa yang berlaku rasanya tidak manis untuk diceritakan kerana saya mahu melupakan apa yang sudah berlaku,” tenang jawab primadona muda filem Melayu ini.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, Fasha bagaimanapun, berkali-kali menegaskan, dia tidak mahu bercerita hal-hal yang sudah berlaku.
Bagaimanapun, di luar kesedarannya, dia tidak pernah menyangka apa yang berlaku itu tersebar dengan begitu cepat.
Kata Fasha: “Memang ada ramai orang di majlis itu, mungkin ramai yang menyedari dan melihat apa yang terjadi. Kerana itu, saya tidak terkejut sekiranya cerita tersebut tersebar.”
Ditanya benarkah gosip yang mendakwa dia menjadi punca berantakan rumah tangga Nora, Fasha berkata: “Saya tak mahu ada lagi orang salah faham atau membuat fitnah mengatakan saya punca masalah rumah tangga mereka. Jangan cuba memburuk-burukkan keadaan lagi dan hentikan fitnah tersebut. Saya rasa cukup sampai sini orang cuba mengaitkan antara saya dan dia.
“Apa lagi selepas Nora secara terang-terangan mengeluarkan kenyataan hidupnya sangat bahagia bersama suaminya. Jadi sebagai umat Islam, saya sentiasa berdoa dan bersyukur mendengar berita kebahagiaan pasangan itu.”
jgan gaduh2... xbaik



Message Thread:
![]()
« Back to thread