
Posted by bom_atom
![]()
on March 4, 2008, 10:11 am, in reply to "AURA CT TETAP terserlah!"
peminat dia ramai..
yg tak suka tu 'segelintir' je
dgn jari je bleh digentel2..hehehe
--Previous Message--
: Aura Siti Nurhaliza belum pudar
:
: Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
: (shazryn.faizal@utusan.com.my)
:
: SENIWATI muda berjiwa besar ini tidak pernah
: menghampakan peminat-peminatnya setiap kali
: muncul mengadakan persembahan. Sudah hampir
: 12 tahun dia menyanyi dan kualiti
: persembahannya tidak pernah sama sekali
: menghampakan.
:
: Berilah apa saja lagu padanya, semuanya akan
: menjadi di tangan Datuk Siti Nurhaliza.
:
: Justeru, apabila penghibur yang juga anak
: jati Pahang ini bersetuju untuk mengadakan
: persembahan sempena Zoom In @ RTM Bersama
: Siti Nurhaliza terbitan RTM malam kelmarin,
: ramai yang memilih untuk menontonnya.
:
: Sesetengah peminat setia Siti di Lembah
: Kelang memilih untuk menontonnya di
: Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala
: Lumpur.
:
: Dan sudah lebih sejuta penonton atau mungkin
: lebih akan setia melekat di depan televisyen
: menonton program yang disiarkan secara
: langsung menerusi RTM1 itu.
:
: Kalau sudah namanya artis senior dengan
: beratus trofi pengiktirafan sudah berada
: dalam genggamannya, tiada apa yang perlu
: dirisaukan mengenai persembahan Siti.
:
: Sememangnya Siti memang cukup bertuah dan
: beruntung kerana mempunyai kelompok peminat
: yang cukup menyayangi dan sentiasa
: menyokongnya meskipun dia sudah berumah
: tangga dengan Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa
: atau Datuk K pada 21 Ogos 2006.
:
: Dari zaman anak dara sehinggalah menjadi
: seorang isteri, setiap kali Siti mengadakan
: persembahan di pentas keramat yang menjulang
: namanya pada tahun 1995 itu, sambutan yang
: diberikan sememangnya cukup luar biasa dan
: di luar dugaan.
:
: Itulah pesona dan aura Siti yang masih belum
: pudar meskipun ada yang mendakwa
: popularitinya semakin hilang sejak bergelar
: isteri dan juga selepas pulang dari
: menunaikan haji Disember lalu.
:
: Zoom In @ RTM Bersama Siti Nurhaliza
: terbitan Mohd. Yusni Mohamed Ali merupakan
: persembahan pertama Siti sejak mendirikan
: rumah tangga dan pastinya, persembahannya
: itu dinantikan oleh peminat setianya yang
: sudah lama dahagakan suara lunaknya itu.
:
: “Akhirnya saya dapat juga membuat
: persembahan di RTM selepas dua tahun menyepi
: dari sebarang persembahan seperti ini. Kali
: terakhir saya muncul ialah sebelum berkahwin
: dulu juga untuk rancangan Zoom In dan
: Konsert Fenomena.
:
: “Terima kasih kepada RTM atas undangan ini
: dan untuk semua peminat saya yang sanggup
: hadir pada malam ini,” jelasnya yang semakin
: jelita.
:
: Memulakan persembahan dengan lagu Destinasi
: Cinta yang diangkat dari album terbaiknya,
: Transkripsi, Siti bersama penari latarnya
: mempamerkan persembahan yang cukup menarik.
:
: Memori
:
: Tiada apa yang perlu dipertikaikan mengenai
: vokal anak kelahiran Temerloh, Pahang ini
: kerana dia bisa memukau hadirin dengan
: keunggulan vokalnya waima dalam apa jua
: rentak sekali pun.
:
: Tampil dengan busana berona hitam dan putih
: serta imej bertopi, Siti jelas
: memperlihatkan kematangannya dalam pemilihan
: pemakaiannya.
:
: Meskipun sudah bergelar hajah, itu bukan
: penghalang bagi Siti untuk menampilkan imej
: yang sesuai dengan dirinya.
:
: Mahu terus peminat dan hadirin terus dibuai
: dengan lagu cinta, pemenang Vokal Wanita
: Terbaik AIM selama lapan tahun
: berturut-turut ini meneruskan persembahannya
: dengan lagu Mulanya Cinta yang dimuatkan
: dalam album terbarunya, Hadiah Daripada Hati
: (HDH).
:
: “Bila menyanyikan lagu ini, saya teringat
: kembali memori dan kenangan manis sewaktu
: saya berlakon dalam teater muzikal P. Ramlee
: terutama sekali sewaktu babak bersama
: Ramlee,” katanya mengimbau kenangan manis
: yang dilakar di pentas Istana Budaya.
:
: Sebelum menyampaikan lagu Biarlah Rahsia,
: Siti seolah-olah membuka rahsia
: percintaannya apabila dia memberitahu: “Ada
: sebab-sebab mengapa kadang kala kita perlu
: berahsia. Bukan apa, takut antara jadi atau
: tidak sahaja.”
:
: Apabila ada peminat yang mengusiknya sambil
: mengaitkan dengan kisah cintanya, Siti
: berseloroh dengan mengatakan: “Alamak, saya
: pula yang terkena balik.”
:
: Bertukar pula kepada busana merah hati yang
: menyerlahkan lagi keanggunannya, Siti
: menyampaikan lagu klasik tahun 1979
: dendangan kumpulan Bee Gees, Love You Inside
: Out.
:
: Mungkin lagu ini ada kaitannya dengan Siti
: bersama suami tercinta dan ia bagaikan lagu
: wajib yang disampaikan Siti dalam setiap
: persembahannya.
:
: Siti seterusnya menyampaikan lagu medley
: Tunggu Sekejap dan Sejakku Bertemu Padamu
: bersama empat peminat bertuahnya dan sudah
: pasti peminatnya itu menjadikan malam
: tersebut sebagai kenangan manis yang tidak
: akan dilupakan.
:
: Mengimbau nostalgia, Siti menyampaikan lagu
: popular dari seberang, Es Lilin yang pernah
: dimuatkan dalam album tradisional
: pertamanya, Cindai pada tahun 1997.
:
: “Salah sebuah lagu yang memang cukup saya
: suka kerana keunikan melodi dan liriknya.
: Bukan itu sahaja, ia juga membuatkan saya
: terkenang sewaktu masuk studio merakamkan
: lagu ini dahulu,” kata Siti memberikan
: persembahan menarik menerusi lagu tersebut
: yang digubah oleh pengarah muzik pada malam
: itu, Helen Yap.
:
: Bukan itu sahaja, Siti turut sempat
: memperkenalkan artis pertama di bawah
: syarikatnya, Siti Nurhaliza Productions Sdn.
: Bhd. yang terdiri daripada lima orang anak
: muda yang menggelarkan diri mereka sebagai
: kumpulan Coda dan menyampaikan dua buah lagu
: iaitu Menanti Sebuah Jawaban dan Buai.
:
: Masih lagi mempromosikan lagu dari album
: HDH, Siti seterusnya menyampaikan lagu
: Cintamu ciptaan Sharon Paul manakala
: liriknya pula oleh Ahmad Fedtri Yahya
: sebelum pengacara nombor satu negara, Aznil
: Nawawi naik ke pentas bersama Siti.
:
: “Inilah pertama kali orang menjemput saya
: menyanyi dan saya sememangnya mempunyai
: ramai idola sepanjang saya menjadi anak
: seni,” kata Aznil.
:
: Lalu, Aznil pun menyanyikan lagu Dua Insan
: Bercinta sebagaimana gaya Ella menyampaikan
: lagu tersebut. Dan, gaya Aznil itu telah
: mengundang hilai tawa di dalam dewan dengan
: diiringi tepukan gemuruh penonton.
:
: “Ada lagi seorang yang menjadi idola kita
: berdua,” kata Aznil.
:
: Lalu Siti dengan wajah selamba menamakan
: seorang personaliti tanah air yang
: mengundang derai ketawa dan pekikan penonton
: yang benar-benar terhibur dengan gandingan
: Siti dan Aznil tempoh hari.
:
: Cocok
:
: Dalam waktu yang sangat singkat, Aznil
: berjaya memperlihatkan betapa dia masih
: berpengaruh dan tidak mustahil untuk
: pengacara nombor satu itu mengekalkan trofi
: Pengacara Paling Popular bagi Anugerah
: Bintang Popular yang akan berlangsung hujung
: bulan ini.
:
: Menyampaikan lagu Hore Hore yang pernah
: dipopularkan oleh idola mereka berdua,
: Sudirman Haji Arshad, gandingan Siti dan
: Aznil dilihat begitu cocok sekali dalam
: menyampaikan lagu-lagu bercorak sedemikian.
:
: Aznil yang sememangnya terkenal dengan aksi
: spontan dan lucunya turut meniru gaya
: artis-artis yang pernah menyertai
: pertandingan nyanyian RTM seperti Dayang
: Nurfaizah, Misha Omar, Sarah Raisuddin dan
: Azharina Azhar sewaktu menyampaikan petikan
: lagu Aku Cinta Padamu sebelum meneruskan
: persembahannya dengan lagu Profesor Klon.
:
: Menyampaikan lagu Melawan Kesepian ciptaan
: sepenuhnya komposer dari seberang, Pongky
: Barata, vokal Siti cukup mempesonakan dan
: menusuk kalbu. Sememangnya vokal emas Siti
: masih lagi ampuh dan berada di kelasnya yang
: tersendiri.
:
: Mengakhiri persembahan dengan lagu Ku Mahu,
: Siti membuktikan bahawa dia masih lagi
: diperlukan oleh industri hiburan kerana dia
: sudah menjadi salah seorang legenda seni
: suara yang tiada tandingan.
:
: Zoom In @ RTM Bersama Siti Nurhaliza tempoh
: hari sudah tentu mengubat rindu
: peminat-peminat setia Siti yang sudah lama
: menanti kemunculannya di stesen televisyen
: paling keramat di negara ini.
:
: huhuhuhu jgn komen pasal tudung.komen vokal
: nyanyian dia.klu nak cite psl tudung,rmai yg
: lebih teruk dari itu.skrang ni bini2 menteri
: tudung dia dok bertenggek atas jambul
: je............
:


Message Thread:
![]()
« Back to thread