
Posted by OTAI
![]()
on February 28, 2008, 3:12 pm, in reply to "Awas. rumah yang ada lif..."
memg menakutkn. Mgapa kanak2 pompuan jadi mgsa? hampehh org ni
--Previous Message--
: Cubaan culik budak dalam lif
: Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan
: Hadzlihady Hassan
: am@hmetro.com.my
:
: KUALA LUMPUR: Keresahan berhubung beberapa
: kejadian culik kanak-kanak perempuan kembali
: menghantui masyarakat berikutan penyebaran
: e-mel menunjukkan seorang lelaki cuba
: memperdaya dan menculik seorang kanak-kanak
: perempuan di dalam lif.
:
: Dalam kejadian 13 Februari lalu, lelaki
: memakai kemeja-T hijau dan bertopi dilihat
: cuba menghimpit seorang kanak-kanak
: perempuan yang bersendirian dalam lif.
:
: Bagaimanapun, kanak-kanak perempuan
: bertudung putih terbabit yang ketakutan
: berjaya melarikan diri sejurus pintu lif
: terbuka.
:
: Gelagat mencurigakan lelaki terbabit berjaya
: dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) yang
: diletakkan dalam lif berkenaan.
:
: Wartawan Harian Metro yang menerima enam
: keping gambar rakaman CCTV terbabit melalui
: e-mel semalam mendapati ia turut menyelitkan
: tarikh dan waktu kejadian selain lokasi di
: lif 2, Blok 34, Pangsapuri Tioman di sini.
:
:
:
:
:


Message Thread:
![]()
« Back to thread