
Posted by antict007
![]()
on February 4, 2008, 8:43 am, in reply to "hati2 anak anda dari diculik"
Memang mengerunkan. mesti risau benak mak bapak masing2 kan!
--Previous Message--
: Murid berjaya lepaskan diri daripada diculik
:
: SEREMBAN 2 Feb. - Ketika masyarakat lebih
: berwaspada keselamatan anak-anak ekoran
: beberapa kes culik di Lembah Klang,
: penjenayah semakin berani dengan menjadikan
: kawasan luar sekolah sebagai sasaran
: termasuk nyaris melarikan seorang murid di
: sini, Rabu lalu.
:
: Murid lelaki berusia sembilan tahun itu
: hampir diculik apabila dia ditangkap
: sekumpulan lelaki yang kemudian
: memasukkannya ke dalam sebuah kereta
: berhampiran Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku
: Ja'afar 2 (SKTTJ2) di Senawang dekat sini.
:
: Difahamkan, dalam kejadian pada tengah hari
: selepas sesi persekolahan itu, murid
: tersebut telah diekori sekumpulan lelaki
: menaiki sebuah kereta Perodua Kenari sebelum
: menangkap dan memasukkannya ke dalam
: kenderaan itu.
:
: Bagaimanapun, murid itu sempat menendang
: pintu kereta berkenaan dan berjaya
: melepaskan diri sebelum terus berlari
: memasuki semula kawasan sekolah dan meminta
: bantuan guru-guru.
:
: Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten
: Komisioner Saiful Azli Kamarudin yang
: dihubungi Mingguan Malaysia mengesahkan
: pihaknya menerima laporan mengenai kejadian
: itu.
:
: Katanya, murid SJTTJ2 itu baru saja keluar
: dari kawasan sekolah sebelum ditarik
: sekumpulan lelaki dan dibawa masuk ke dalam
: kereta Perodua Kenari itu.
:
: "Sebaik pelajar itu melepaskan diri,
: dia berlari memasuki semula kawasan sekolah
: dan kemudian membuat laporan kepada pihak
: sekolah," katanya.
:
: Tegas Saiful Azli, berdasarkan laporan yang
: diterima, polis telah melancarkan gerakan
: memburu penculik terlibat.
:
: Pada masa yang sama, tambah beliau, pihaknya
: juga memantau semua aktiviti di luar kawasan
: sekolah bagi mengelakkan cubaan culik itu
: daripada berulang di sekolah lain di daerah
: ini.
:
: "Pihak SKTTJ2 sendiri telah
: mengeluarkan surat pekeliling kepada ibu
: bapa mengenai kejadian culik berkenaan
: Jumaat lalu bertujuan supaya mereka
: mengambil langkah lebih berwaspada,"
: katanya.
:
: Pejabat Utusan Malaysia di sini turut
: menerima e-mel daripada ibu bapa yang
: memaklumkan tentang penghantaran surat
: pekeliling daripada pihak SKTTJ2 yang dibawa
: pulang oleh anak mereka.
:
: Sementara itu, Saiful Azli menasihatkan
: murid-murid agar tidak mendekati individu
: yang tidak dikenali dan tidak menghampiri
: kereta yang mencurigakan ketika pulang dari
: sekolah.
:
: "Saya juga berharap ibu bapa yang
: menjemput anak-anak balik dari sekolah dan
: pemandu van atau bas sekolah memastikan
: semua pelajar berada dalam kenderaan
: masing-masing sebelum meninggalkan kawasan
: sekolah," ujarnya.
:
:


Message Thread:
![]()
« Back to thread