
Posted by lyn
![]()
on February 4, 2008, 8:29 am, in reply to "Re: Info bersama "
takpe lah jogos...lyn tunggu dia contact lyn..dia email lyn last week pun ,lyn dah berbesar hati..harap dia ok.
--Previous Message--
: hi lyn..ctos MC smlm & hari ni. Jog x dpt
: nak citer apa2 takut silap mklumat... sms
: jog dia x balas2 lgi. dia ok kotttt....
:
: --Previous Message--
: tq Otai...no info dari dr fadzillah kamsah
: ke?..mcm pernah dengar seblm ni..
:
: ada khabar dari Ctos?..Lyn tunggu dia
: contact Lyn
:
: --Previous Message--
: Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan
: kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati
: mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci
: dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang
: mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang
: yang membenci ibu bapanya mungkin akan
: dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang
: membenci jirannya atau bekas kekasihnya
: mungkin akan dapat kebencian daripada rakan
: sekerjanya atau malahan ketua jabatannya.
:
: Seterusnya..
:
: Justeru hapuskanlah segala perasaan benci
: daripada hati kita agar kita mudah menjalin
: hubungan dengan orang lain.
:
: Kaedah Mengikis Benci
:
: Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah
: dengan memaafkan semua orang sebelum tidur
: malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita
: sentiasa mencuci muka, memberus gigi,
: membersihkan diri dan mengibas tempat tidur,
: tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan
: memaafkan semua orang sebelum tidur?
:
: Pengalaman secara peribadi penulis
: menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua
: orang sebelum tidur, kita akan dapat
: membersihkan hati serta menenangkan fikiran
: dan mudah menjalin hubungan baik dengan
: orang lain.
:
: Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang
: Kehebatan Dalam Pergaulan
:
: Antara faktor yang menyebabkan kita mudah
: berinteraksi dengan orang lain dan orang
: lain mudah tertarik kepada kita ialah:
:
: 1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah
: khusus dan umum yang lain.
: 2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua
: orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap
: masa).
: 3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas
: kepada orang di sekeliling kita.
: 4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk
: wang, senyuman, bantuan tenaga, masa,
: nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan
: doa yang berterusan.
: 5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi
: s.a.w. pernah berpesan supaya mencari 144
: sebab sebelum kita memarahi orang.
: 6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan
: orang lain. Pastikan setiap orang seronok
: berinteraksi dengan kita.
: 7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa
: sayang-menyayangi antara satu dengan yang
: lain.
: 8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif
: setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan
: menyebabkan orang lain rasa mual terhadap
: kita.
: 9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa
: dan insyaAllah orang lain akan tertarik
: kepada kita.
: 10) Jika wujud sebarang perasaan sombong
: atau benci terhadap orang lain, terus
: ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah
: insaf dan balik ke pangkal jalan apabila
: mengingati mati.
: 11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian
: Allah swt.
: 12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat
: kepada orang lain. Pemberian salam akan
: mengukuhkan hubungan sesama manusia.
: 13) Pamerkan simpati kepada setiap
: individu-individu yang memerlukan simpati
: dan perhatian.
: 14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
: 15) Sampaikan berita baik tentang orang lain
: dan sembunyikan kelemahan atau keburukan
: orang lain.
: 16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum
: berpisah dengan seseorang dan iringi
: perpisahan dengan doa.
:
: Terlebih Dahulu Baiki Diri
:
: Untuk menarik perhatian orang lain terhadap
: diri kita, kita perlu terlebih dahulu
: menyayangi dan memperbaiki diri kita. Orang
: yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan
: sebarang kegiatan yang boleh mensabotaj dan
: merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknya
: akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa
: memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah
: pesanan seorang sarjana: "Orang tidak
: kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu),
: sehinggalah mereka tahu yang anda kisah
: terhadap mereka
:
: sekadar info bersama.TQ
:
:
:
:
:

Message Thread:
![]()
« Back to thread