
Posted by bom_atom
![]()
on January 31, 2008, 12:19 pm, in reply to "Ulangtahun Sharlinie ....ke-5"
ksian kn shira..
mak dia asik bergenang air mata je....
--Previous Message--
: Air mata iringi hari jadi Sharlinie
:
: Ahli keluarga Sharlinie dan jiran tetangga
: mengadakan majlis membaca surah Yasin di
: Taman Medan, Petaling Jaya, malam tadi.
:
: PETALING JAYA 30 Jan. – Malam ini sepatutnya
: menjadi malam gembira bagi keluarga Mohd.
: Nashar Mat Hussain dan isterinya, Suraya
: Ahmad kerana mereka meraikan genap lima
: tahun usia Sharlinie.
:
: Saban tahun sejak Sharlinie dilahirkan,
: majlis sambutan hari kelahirannya tidak
: pernah dilupai.
:
: Kerenah Sharlinie sentiasa mencuit hati
: sahabat-handai yang dijemput untuk sama-sama
: meraikan parti hari jadinya.
:
: Namun, malam ini kegembiraan tersebut
: bertukar menjadi kesedihan. Tiada lagi
: Sharlinie untuk berada di sisi ibu bapanya
: selepas dia hilang dipercayai diculik
: berhampiran rumahnya di Taman Medan di sini
: pada pagi 9 Januari lalu.
:
: Malam ini, tanpa kehadiran Sharlinie, majlis
: mengenang kelahirannya tetap diadakan,
: tetapi kali ini ia digantikan dengan bacaan
: Yasin dan doa selamat.
:
: Kek coklat yang biasanya menghiasi meja pada
: setiap kali sambutan hari jadi juga tiada di
: rumah Mohd. Nashar dan Suraya malam ini.
:
: Air mata berlinang pada pipi ibunya, Suraya
: dan adik-beradiknya. Kira-kira 50 tetamu
: yang hadir tidak dapat menahan sebak dan
: menangis sebaik sahaja upacara sembahyang
: hajat selesai.
:
: Suraya yang memakai baju kurung hijau
: kelihatan sugul dan gagal menahan perasaan
: mengenangkan anak perempuannya yang masih
: belum ditemui.
:
: Mohd. Nashar yang nampak lemah dan masih
: tidak dapat menerima hakikat kehilangan anak
: bongsunya yang kini masuk hari ke-21
: meluahkan ungkapan berikut:
:
: ‘‘Selamat hari jadi sayang.
:
: ‘‘Sekiranya orang yang ‘menyimpan’ Linie
: terbaca (surat khabar) tolong sampaikan
: ucapan hari jadi kepada anak kesayangan saya
: itu.’’
:
: Menurutnya, juadah yang disediakan pada
: kenduri malam ini adalah hasil sumbangan
: orang ramai termasuk pemimpin politik yang
: datang melawat keluarganya sejak peristiwa
: kehilangan Sharlinie.
:
: Misteri kehilangan kanak-kanak itu
: menimbulkan tanda tanya kerana walaupun
: sudah tiga minggu hilang, usaha mengesannya
: belum berhasil.
:
: moga Allah melindungi adik Sharlinie....
:


Message Thread:
![]()
« Back to thread