
Posted by shira
![]()
on January 31, 2008, 9:47 am
Air mata iringi hari jadi Sharlinie
Ahli keluarga Sharlinie dan jiran tetangga mengadakan majlis membaca surah Yasin di Taman Medan, Petaling Jaya, malam tadi.
PETALING JAYA 30 Jan. – Malam ini sepatutnya menjadi malam gembira bagi keluarga Mohd. Nashar Mat Hussain dan isterinya, Suraya Ahmad kerana mereka meraikan genap lima tahun usia Sharlinie.
Saban tahun sejak Sharlinie dilahirkan, majlis sambutan hari kelahirannya tidak pernah dilupai.
Kerenah Sharlinie sentiasa mencuit hati sahabat-handai yang dijemput untuk sama-sama meraikan parti hari jadinya.
Namun, malam ini kegembiraan tersebut bertukar menjadi kesedihan. Tiada lagi Sharlinie untuk berada di sisi ibu bapanya selepas dia hilang dipercayai diculik berhampiran rumahnya di Taman Medan di sini pada pagi 9 Januari lalu.
Malam ini, tanpa kehadiran Sharlinie, majlis mengenang kelahirannya tetap diadakan, tetapi kali ini ia digantikan dengan bacaan Yasin dan doa selamat.
Kek coklat yang biasanya menghiasi meja pada setiap kali sambutan hari jadi juga tiada di rumah Mohd. Nashar dan Suraya malam ini.
Air mata berlinang pada pipi ibunya, Suraya dan adik-beradiknya. Kira-kira 50 tetamu yang hadir tidak dapat menahan sebak dan menangis sebaik sahaja upacara sembahyang hajat selesai.
Suraya yang memakai baju kurung hijau kelihatan sugul dan gagal menahan perasaan mengenangkan anak perempuannya yang masih belum ditemui.
Mohd. Nashar yang nampak lemah dan masih tidak dapat menerima hakikat kehilangan anak bongsunya yang kini masuk hari ke-21 meluahkan ungkapan berikut:
‘‘Selamat hari jadi sayang.
‘‘Sekiranya orang yang ‘menyimpan’ Linie terbaca (surat khabar) tolong sampaikan ucapan hari jadi kepada anak kesayangan saya itu.’’
Menurutnya, juadah yang disediakan pada kenduri malam ini adalah hasil sumbangan orang ramai termasuk pemimpin politik yang datang melawat keluarganya sejak peristiwa kehilangan Sharlinie.
Misteri kehilangan kanak-kanak itu menimbulkan tanda tanya kerana walaupun sudah tiga minggu hilang, usaha mengesannya belum berhasil.
moga Allah melindungi adik Sharlinie....

Message Thread:
![]()
« Back to thread