
Posted by antict007
![]()
on January 28, 2008, 10:20 am, in reply to "iktibar utk kiter semua"
tq
--Previous Message--
:
: copy paste dri email.
:
:
: Wanita Mengumpat Sukar Di kapan
:
: P/s: Kepada Kaum Hawa janganlah cepat
: melatah, jadikan ia sebagai
: pengajaran.
:
: Wanita Mengumpat Sukar DI kapan
:
: Sebagai bilal pengurusan jenazah, banyak
: pengalaman yang telah saya tempuhi. Ada di
: antaranya yang cukup menyedihkan. Tidak
: kurang juga yang benar-benar memberi
: keinsafan. Salah satu daripada
: pengalaman-pengalam an itu membabitkan
: masalah kain kapan tidak muat pada hal mayat
: yang hendak di kapankan bersaiz kecil. Ini
: bertentangan dengan satu lagi mayat yang
: saya uruskan, di mana kain kapannya
: mencukupi walapun orangnya berbadan tinggi
: dan gemuk. Sepanjang pengelaman saya dalam
: pengurusan jenazah sejak lebih 30 tahun
: lalu, saya mengunakan kain kapan sebanyak 24
: ela untuk mengapankan mayat. Jumlah itu
: selalunya mencukupi tidak kira sama ada
: mayat bersaiz besar atau kecil, gemuk atau
: kurus.
:
: Tetapi sewaktu menguruskan satu jenazah di
: negeri Selangor beberapa
: tahun lalu, kain kapan sebanyak 24 ela yang
: saya sediakan itu tidak
: mencukupi pada hal mayatnya kecil sahaja.
: Mayat itu berkeadaan biasa,
: berbadan kurus dengan ketinggian lebih
: kurang lima kaki. Saya di
: beritahu arwah meninggal dunia kerana sakit
: jantung. Orangnya sudah tua,
: umurnya sekitar 60-an.
:
: Seperti biasa sebelum memandikan mayat, saya
: memotong dahulu kain
: kapannya sebanyak tiga keping. Panjangnya
: mengikut ketinggian arwah
: kemudian di tambah satu hasta di hujung
: kepala dan satu hasta di hujung
: kaki. Selepas semuanya siap disusun, saya
: mula memandikan arwah dengan
: bantuan adik saya, Rafeah.
:
: Tiada keanehan ketara berlaku semasa arwah
: di mandikan, cuma mukanya
: agak kuning dan najisnya, Maha Suci Allah
: amat banyak. Makin dikorek
: makin banyak yang keluar.
:
: "Eh, ada lagi najis", kata adik
: saya Rafeah kehairanan. Selalunya tidak
: sampai setengah jam, najis sudah habis
: keluar tetapi yang ini, lebih 45
: minit baru habis. Setelah lebih dua jam
: berlalu, baru selesai tugas kami
: memandikan mayat itu. Selalunya satu
: setengah jam sudah mencukupi.
: Bila semuanya sudah bersih, arwah
: dipindahkan untuk dikapan. Sebaik
: sahaja arwah diletakkan ke atas kain kapan,
: saya terperanjat besar bila
: mendapati kain putih yang saya sediakan tadi
: tidak muat. Entah macam
: mana kain kapan di hujung kepala dan di
: hujung kakinya cuma tinggal satu
: jari sahaja.
:
: "Eh, kenapa tak cukup. Takkan salah
: potong", saya berkata pada adik
: saya. Wajahnya turut berkerut kehairanan
: bila mendapati kain kapan yang
: kami sediakan itu tidak muat. Kami berdua
: sama-sama bingung dan
: bertanya-tanya di mana silapnya.
:
: Nak katakan saya tersalah ukur semasa
: memotong tadi, mustahil. Rafeah
: sendiri menyaksikan dan membantu saya
: memotong kain itu. Sudah
: bertahun-tahun kami berdua melakukan
: perkerjaan ini, tidak mungkin kami
: tersalah potong. Nak katakan pembekal kain
: bersalah ukur, juga tidak
: mungkin. Sebelum memotong, kami mengukur
: terlebih dahulu kain kapan itu
: dan mendapatinya cukup 24 ela.
:
: Setiap kali berlaku kematian, orang yang
: sama itulah yang membekalkan
: kain kapan kepada saya. Tidak mungkin dia
: tersalah ukur. Saya mula
: berkecimpung dalam pengurusan jenazah sejak
: berusia 17 tahun lagi. Waktu
: itu saya mengikut nenek saya menguruskan
: jenazah di kawasan Klang
: sebelum di lantik sebagai bilal pengurusan
: jenazah wanita oleh Jabatan
: Agama Islam Selangor pada tahun 1973.
:
: Sepanjang tempoh pembabitan saya dalam
: bidang itu, inilah kali pertama
: saya berdepan dengan masalah saya berdepan
: dengan masalah kain kapan
: tidak muat. Mungkin inilah yang dikatakan
: habuan dan bahagian masing-masing. Entah apa
: amalan arwah semasa hayatnya hanya Tuhan
: sahaja yang mengetahui. Semoga Tuhan
: mengampunkan segala dosanya dan mencucuri
: rahmat di atas rohnya.
:
: Untuk menambah kain putih yang lain, dah tak
: ada. Kain yang saya bawa
: itu semuanya sudah di pakai, tiada lagi
: saki-bakinya. Mahu tak mahu mayat arwah
: dikapankan juga menggunakan apa yang ada.
: Maha Suci Allah, saya sekali lagi teperanjat
: beser bila mendapati kain kapan itu tidak
: mencukupi untuk membungkus mayat arwah.
: Bahagian tengahnya ternganga seperti
: membungkus nasi lemak. Selalunya kain kapan
: yang saya sediakan boleh menutup hingga ke
: bahagian tepi. Puas saya tarik untuk cuba
: menutup bahagian yang ternganga tetapi
: gagal. Untuk mengatasi masalah itu, saya
: terpaksa menggunakan kapas untuk menutup
: bahagian yang ternganga sebelum mengikatnya
: kemas-kemas.
:
: Sebaik sahaja selesai kerja-kerja mengapan,
: arwah disembahyangkan
: kemudian dibawa ke tanah perkuburan. Dan
: dengan itu selesailah kewajiban
: saya. Namun cerita-cerita daripada salah
: seorang yang membantu kerja-kerja
: pengebumian jenazah membuatkan diri saya
: menjadi bertambah
: bingung.
:
: Menurutnya, semasa jenazah hendak
: dikebumikan, satu keanehan berlaku
: yang benar-benar memberi keinsafan kepada
: sesiapa sahaja yang hadir.
: Ketika jenazah diturunkan, liang lahad yang
: disediakan didapati tidak cukup panjang
: hingga menyebabkan bahagian kaki jenazah
: membengkok. Akibatnya, jenazah terpaksa
: ditarik naik dan liang lahad digali semula.
: Bila kubur siap di gali, jenazah diturunkan
: untuk kali kedua. Allah Maha Besar, liang
: lahad masih sempit walaupun telah digali
: melebihi enam kaki. Setiap yang hadir
: bertambah hairan. Apakah amalannya hingga
: diseksa begitu rupa?
:
: Jenazah dinaikkan semula dan liang lahad
: ditebuk lagi untuk kali ketiga. Bila selesai
: kerja-kerja menggali, jenazah diturunkan.
: Alhamdulillah, cubaan kali ketiga berjaya
: dan jenazah akhirnya selamat dikebumikan.
: Masing-masing menghembus nafas lega.
:
: Apa yang berlaku pada jenazah itu memanglah
: menyedihkan. Saya sendiri
: tertanya-tanya bagaimana kain kapan yang
: saya bawa itu tidak muat
: dengannya. Untuk memastikan kedudukan
: sebenarnya, saya pergi ke kedai
: yang membekalkan kain kapan kepada saya
: untuk bertanya berapa banyak
: kain putih yang dibekalkan kepada saya. Jika
: betul 24 ela,kenapa kain
: itu tidak cukup sedangkan mayat yang
: dikapankan bersaiz kecil.
:
: Jawapan yang diberikan oleh pekedai itu
: menyedarkan saya tentang
: kebesaran Allah. Menurutnya, kain putih yang
: dibekalkan kepada saya sama seperti
: kebiasaannya, ia itu 24 ela. Jika kain itu
: tidak mencukupi itu
: bukanlah salah sesiapa sebaliknya merupakan
: ketentuan Allah. Maha Suci
: Allah Allah, memang benar apa yang
: dinyatakan oleh pekedai itu. Apa yang
: berlaku ke atas jenazah itu merupakan
: balasan daripada Allah. Mungkin
: ada di antara amalan-amalannya yang
: bertentangan dengan ajaran Tuhan.
: Entah apa yang dilakukan oleh allahyarham
: semasa hayatnya, wallahualam,
: hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinnya.
:
: Tetapi daripada cerita-cerita yang saya
: dengar, arwah dikatakan menpunyai tabiat
: buruk - suka mengumpat dan mengatakan orang.
: Tidak cukup dengan itu, arwah juga dikatakan
: suka mengambil tahu urusan orang serta gemar
: membawa mulut dari rumah ke rumah. Bukanlah
: niat saya untuk membongkarkan keburukan
: arwah tetapi sekadar memberi nasihat. Semoga
: apa yang berlaku menjadi pengajaran dan
: memberi pedoman dan iktibar mereka yang
: masih hidup. Hindarkan perkara-perkara keji
: demi kesejahteraan kita sendiri. Pengalaman
: yang cukup menginsafkan itu jauh
: berbeza dengan apa yang saya lalui semasa
: menguruskan satu lagi jenazah
: kira-kira sebulan kemudian.
:
: Orangnya saya kenal, berbadan gemuk dan
: berusia sekitar 50-an. Punca
: kematiannya ialah darah tinggi. Sewaktu
: menatap jenazahnya untuk kali
: petama, saya mendapati mukanya tenang dan
: jernih. Walaupun bertubuh
: besar, tetapi Maha Suci Allah, badannya
: lembut dan ringan. Saya dan adik
: saya Rafeah tidak mengalami sebarang masalah
: untuk mengalih-alihkan
: badannya. Najisnya tak ada langsung. Puas
: kami menekan dan mengorek,
: tetapi tiada sebarang kesan najis.
:
: "Bersih betul mayat ini", saya
: berbisik kepada Rafeah. Tiada langsung kesan
: kotoran pada tubuhnya, seolah-olah dirinya
: telah di bersihkan sebelum menghembus nafas
: terakhir. Seronok betul kami menguruskannya.
: Mayat itu selesai di mandikan dalam tempoh
: tidak sampai sejam. Sewaktu hendak mengapan
: jenazah, kami berdua pada mulanya di
: selubungi
:
: kebimbangan takut-takut peristiwa kain kapan
: tidak muat berulang lagi.
: Maklumlah, sedangkan jenazah kecil pun tak
: muat inikan pula jenezah yang
: besar. Tetapi syukur alhamdulillah, kain
: kapan yang kami bawa sebanyak
: 24 ela itu cukup untuk menutupi seluruh
: bahagian. Selesai kerja-kerja
: mengapan jenazah disembayangkan.
:
: Kerana terlalu ramai yang hadir, jenazah
: disembahyangkan dua kali. Kali
: pertama di rumah dan kali kedua di masjid.
: Jenazah akhirnya dibawa ke
: tanah perkuburan dan selamat dikebumikan.
: Perjalanan lancar tanpa
: sebarang halangan. Saya sendiri berasa
: seronok menguruskannya.
: Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha
: Mengetahui.
:
: Arwah memang dikenali di kalangan
: penduduk-penduduk kampungnya sebagai seorang
: yang kuat beribadat. Sifatnya yang suka
: bersedekah dan menolong orang ternyata
: mendapat balasan yang setimpal. Keadaannya
: jauh berbeza dengan jenazah kurus yang tidak
: muat kain kapannya. Bukan menghina atau
: mencaci tetapi itulah hakikatnya.
:
: Perbezaan itu jelas menunjuk


Message Thread:
![]()
« Back to thread