
Posted by anor
![]()
on January 25, 2008, 8:16 am, in reply to "untuk anor , antict dan semua ...."
Hai kak NA, memang nor pun sbnrnya secara tak sengaja masuk kat forum nie akhir tahun lepas semasa nor dok cari sesuatu kat internet nie.....
Nor pun bukannya nak melenting tak tentu pasal or apa....cos nor pun bukanlah peminat fanatik CT cuma minat dengar lagu dia pun gitu2 jerk....tak lebih daripada itu.
Cuma nor hairan jugak arr, kesemua forumer kat sini yang anti kat CT tu mengutuk dia habis-habisan....cos mmg arr tujuan forum nie diadakan untuk yang anti kat CT rasanya....tak taulah nor apa tujuannya...tapi sewaktu kita bercakap pasal dia pun, sebenarnya kita juga dah mengata dan mengutuk dia so tanpa kita sedari jugak kita dah buat dosa kering dok kata orang padahal dia tak pun ambil pusing atas kata-kata cacian org terhadapnya....
Nor pun bukannya baik sangat mmg arr nor akui, kita insan biasa tak terlepas dari membuat kesilapan.....
Kadang2 nor pun tak nak lah nak menjawab segala kata2 yang tak sedap didengar kat sini, tapi kalau dah sampai satu tahap, kesabaran kita pun akan tercabar jugak jika ada yang sanggup "meludah" dan mencaci diri kita....
Pada kak NA, thanks arr atas teguran itu...nor terima dengan ikhlas.....


Message Thread:
![]()
« Back to thread